Kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook. Di dalam akaun facebooknya mempunyai banyak koleksi gambar yang tidak menutup aurat.
Selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya memadam gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di facebook. Malangnya tiada siapa yang mengetahui “password” facebooknya. Jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum.
Dan ingatlah, azab untuk kita yang sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!
*Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya jangan meletakkan gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna di facebook. Kita tak tahu bila kita akan mati. Jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, padamlah gambar yang tidak sepatutnya berada di dalam akaun facebook anda.
Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi…ameen…Al-Fatihah
0 comments:
Post a Comment